Laman Utama
"Prank Pun Ada Caranya, Tak Boleh Sembarangan" - Rhys William
Pempengaruh Rhys William menasihati orang ramai agar tidak terlalu ghairah mengejar views dan followers hingga sanggup menggadaikan maruah dengan melakukan gimik melampau.
Jelas Rhys, generasi muda terutamanya perlu mendidik pengikut masing-masing dengan mencipta kandungan yang berhemah dan tidak memberikan impak negatif.
"Prank dan gimik ada caranya, tidak boleh sembarangan. Sebelum buat apa-apa kandungan, kena fikir dahulu. Apa mesej yang ingin disampaikan. Bila kita fikir dari sudut itu, lebih senang dikenali.
Advertisement
"Kita (pencipta kandungan) ada tanggungjawab. Jangan beri impak negatif kepada umum. Mungkin ada yang cakap, saya tidak layak beri komen. Saya cuma berkongsi nasihat.
"Mana yang elok kita tingkatkan dan yang buruk kita perbaiki. Tidak salah untuk kita menerima teguran dengan hati terbuka," katanya kepada Gempak.
Ryhs yang popular dengan kandungan masakan dan menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu ditemui pada majlis pelancaran filem The Fireflyz di Putrajaya baru-baru ini.
Dalam filem terbabit, Ryhs diberikan tanggungjawab untuk memikul peranan sebagai seorang guru bernama William.
Tambah Rhys, dia perlu mengurangkan berat badan sebelum memasuki set penggambaran yang dijadualkan bermula Mac depan.
"Saya memang suka makan tetapi bila dapat tawaran, perkara pertama saya fikir kena turunkan berat badan. Tidak boleh terlalu seronok makan.
"Lagipun, saya memerlukan stamina dan komitmen juga tinggi ketika penggambaran," ujarnya.
The Fireflyz terbitan Redboy Pictures Sdn. Bhd. mengisahkan pelajar disleksia, Fazli yang mahu menyertai pasukan bola sepak sekolahnya dengan bantuan Cikgu Adam dan Cikgu William.
Must-Watch Video