Bintang Bollywood terkenal Priyanka Chopra ditegur pihak berkuasa United Kingdom selepas melanggar arahan ke salun ketika seluruh negara sedang lockdown.

Priyanka dan ibunya Madhu Chopra dilihat datang ke salun milik Josh Wood bersama seekor anjing mereka pada Rabu lalu sebelum orang ramai melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketika diserbu, Priyanka dan ibunya sedang mewarnakan rambut mereka. Alasan Priyanka, dia terpaksa mewarnakan rambut demi watak sebuah filem yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Jurucakap kepada pelakon itu juga memaklumkan Priyanka punyai dokumen yang sah untuk melakukan sesi mewarnakan rambut itu.

Difahamkan filem lakonannya itu akan memulakan penggambaran di London tidak lama lagi.

Malah, kata jurucakap itu lagi salun itu dibenarkan beroperasi secara 'rahsia' untuk urusan produksi filem itu dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, mereka tidak dikenakan penalti atau denda.

Sumber: Pinkvilla