Anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo mengingatkan anak muda supaya menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut Sabronzo, undian yang diberikan amat bermakna bagi setiap negeri untuk memilih pemimpin yang berwibawa.

“Saya mengundi di Kuala Lumpur sebab saya sebenarnya dilahirkan di sini, hanya bapa saya sahaja dari Kelantan.

“Bagi saya mengundi itu sangat penting walaupun mungkin ada segelintir yang merasakan undian anda tidak membawa apa-apa perubahan, tapi sebenarnya ada. Setiap undian itu penting,” katanya kepada Gempak.

Malah kata Sabronzo, proses mengundi juga tidak memakan masa yang lama jadi tiada alasan untuk tidak menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

“Bagi saya anak- anak muda seharusnya keluar mengundi sebab ia sangat penting untuk masa depan. Harap anda semua dapat turut sama-sama mengundi.

“Sekejap sahaja, bangun pagi dan keluar mengundi, sekali sekala dan itu adalah tanggungjawab kita sebagai generasi seterusnya untuk aktif bersuara,” ujarnya.

BACA: PRN: Isnin Cuti Jika PH-BN Menang Di Selangor

Untuk info, Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) bakal diadakan esok. Sebanyak enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.