Beberapa hari lagi kita akan merayakan bulan kebangsaan iaitu bermula 1 Ogos hingga 16 September. Setiap tahun, hari kenegaraan ini disambut seluruh rakyat dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik.

Uniknya pada bulan inilah masing-masing daripada kita mempamerkan rasa cinta yang menebal pada negara. Baik individu, keluarga mahupun syarikat-syarikat besar, memupuk rasa cintakan negara bagi sudah menjadi tanggung jawab bersama.

Sebut sahaja tentang Jalur Gemilang, makanan-makanan tempatan, lokasi pelancongan local yang menarik, pastinya setiap seorang daripada kita secara langsung dah tidak langsung bangga dengan apa yang negara kita ada.

Atas dasar itu jugalah, jenama pasar raya terkenal Malaysia, Lotus’s tampil dengan kempen #LotussSokongProdukMalaysia sebagai satu langkah memupuk rakyat Malaysia untuk membeli barangan jenama tempatan.

Menerusi pasar raya seperti inilah, anda boleh mendapatkan pelbagai produk hasil industri kecil sederhana dengan meluas. Malah, bersempena dengan bulan Kebangsaan ini juga, anda boleh mendapatkan barangan ini pada harga yang sangat berpatutan.

Mahu sokong barangan tempatan yang berkualiti, berbelanjalah di Lotus’s. Apa yang menarik ada di Lotus’s berhampiran anda?

1. Makanan tempatan

Dengan harga rendah dan mampu milik, pelbagai barangan kering dan makanan tempatan boleh didapati dengan mudah di Lotus’s.

Malah, makanan yang terdiri daripada jenama-jenama perusahaan kecil sederhana yang sukar didapati boleh diperolehi dengan mudah di Lotus’s.

2. Alatan elektronik

Siapa kata jenama buatan Malaysia tidak berkualiti dan tidak menarik? Di Lotus’s, sebahagian persepsi buruk tentang peralatan elektronik jenama Malaysia boleh ditepis dengan mudah kerana jenama buatan anak tempatan kita juga standing dengan jenama luar, malah lebih murah!

Sama ada anda sedang mencari kipas, peti ais, pengisar makanan ataupun pengering rambut, semuanya boleh didapati dengan kelulusan dan keselamatan yang sentiasa terjaga.

3. Barangan penjagaan diri

Salah satu sebab kenapa ramai memilih Lotus’s adalah kerana rangkaian produk penjagaan diri yang meluas. Dengan pelbagai skin care dan produk penjagaan badan yang ada, pembeli boleh termenung lama di hadapan rak untuk membandingkan kualiti dan harga yang sentiasa terbaik.

4. Barangan basah/segar

Lotus’s juga menjadi pilihan ramai pengguna untuk mendapatkan barangan basah yang sentiasa segar. Kalau pergi ke Lotus’s, anda boleh mendapatkan sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan basah daripada pembekal tempatan dengan harga yang berpatutan.

Siapa lagi yang mahu memberikan sokongan para pembekal tempatan kalau bukan kita sendiri?

Selain hadir sendiri membeli-belah di Lotus’s, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan tersebut secara dalam talian. Mudahnya nak tunjukkan rasa cinta pada negara dengan membeli barangan buatan tempatan, hanya di hujung jari anda.

Pamerkan rasa bangga anda pada negara dengan berbelanja di Lotus’s. Jika anda membeli-belah di sana, jangan lupa berkongsi foto atau video di laman sosial dengan menggunakan #LotussSokongProdukMalaysia.



Mari kita #BanggaMelangkahBersama, sebab #KitaKanJiran