Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan anjuran Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) yang diadakan pada awal sehingga penghujung Mac lalu mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records.
Program tersebut telah mensasarkan golongan gelandangan di kawasan Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.
Ketua Pengarah Program tersebut, Dato’ Seri Nor Hasnal memberitahu, Program 21 Hari Kasih Mesra Gelandangan anjuran PAKAT itu dijayakan bersama dengan rangkaian Pertubuhan NGO serta agensi kerajaan Malaysia.
“Setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 10 malam PAKAT bersama 115 NGO bergabung untuk menjayakan program amal tersebut.
“Memandangkan ini adalah kali pertama banyak NGO bergabung, program tersebut turut diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai Program Amal Gelandangan dengan Penyertaan NGO Terbesar di Malaysia,” katanya.
Katanya, sepanjang program berlangsung, setiap hari 40 orang peserta dari setiap NGO akan bergerak menyantuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Setiap hari, 200 pek makanan dan barang keperluan asas seperti kit penjagaan kebersihan diri dan makanan kering diberikan selama 21 hari.
Jumlah sumbangan makanan dan kit kebersihan diri yang diberikan kepada gelandangan sepanjang program berjalan adalah sebanyak 4,500 pek.
“Sebenarnya, objektif program ini adalah untuk memberikan pengalaman sebenar kepada peserta (ahli NGO) untuk mendekati masyarakat yang terbiar.
“Menerusi program sebegini, kita dapat mendekati masyarakat gelandangan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya keadaan sedemikian buat mereka bagi menghindarkan persepsi negatif dalam minda masyarakat.
“Semoga pada masa akan datang program ini akan dapat diteruskan lagi,” katanya.
Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dengan tema Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai itu bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan insan terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menyediakan barangan keperluan seharian dan juga makanan buat mereka.
Antara Artis yang menjayakan program ini adalah Syura, Lan Solo, Ayu Damit, Daqmie, Afad Raihan, Zul 2by2, Abon, Zur Eda, Sheeida Dangdut, Ani mayuni, MAn Kidal, Rahmad Mega, Tokey Raja Lawak, Afee Utopia, Azri Kilauan Emas, Shafe RIO dan Omma Akira.
Lan Solo berkata, dia berbangga kerana dapat menyertai program amal terbesar seumpama ini.
“Satu usaha yang baik untuk membantu insan di dalam kesusahan. Saya kagum dengan PAKAT kerana mereka menjalankan aktiviti ini tanpa memikirkan dana.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Allah permudahkan segala urusan. Ada saja pihak yang tampil untuk menghulur bantuan,” katanya.
Fiza Kamarudin
Fri Apr 08 2022


Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2
Tiada rezeki Adi kali ini

"Hubungan Juga Sudah Tidak Baik" - Peguam Jelaskan Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Penjelasan peguam mewakili Diana.

Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian