TERKINI
Program Realiti Nyanyian Terbaru Astro
Anda berbakat dalam bidang nyanyian? Memasang impian untuk berkongsi pentas dengan bintang-bintang seni kesayangan anda?
Setiap bintang bermula dengan satu peluang, dan mungkin inilah peluang anda!
Sertai program realiti nyanyian terbaru Astro Gives You The Mic, dan buktikan kemampuan anda di pentas sebenar.
SYARAT PENYERTAAN
1. Berbakat dalam bidang nyanyian
2. Berperwatakan menarik
3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, berbilang kaum
4. Berumur 18 tahun dan ke atas (ketika video dimuatnaik)
UJI BAKAT TERBUKA SECARA DALAM TALIAN (Online)
Uji bakat terbuka secara dalam talian (online) akan berlangsung bermula 21 April 2025 hingga 4 Mei 2025. Langkah-langkah untuk menyertai:
Langkah 1: Muat naik video berdurasi 1 minit 30 saat (dengan audio dan visual yang jelas) ke akaun media sosial anda berserta dengan hashtag #ASTROGivesYouTheMic, dan pastikan akaun anda tidak ‘private’.
Langkah 2: Isi borang penyertaan di bawah. Sila pastikan semua adalah maklumat lengkap dan tepat.
Langkah 3: Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi Astro Gives You The Mic, dan akan mendapat pas 'fast lane' untuk terus ke pusingan ke-2 di sesi uji bakat seterusnya (secara bersemuka).
UJI BAKAT TERBUKA SECARA BERSEMUKA
1. Sesi uji bakat secara bersemuka ini akan diadakan pada 10 dan 11 Mei 2025. Lokasi uji bakat akan diumumkan kemudian.
2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. (Hanya peserta yang terpilih menerusi uji bakat ‘online’ akan diberikan pas ‘fast lane’ untuk ke pusingan ke-2).
3. Semua peserta perlu bersedia dengan lagu-lagu wajib yang telah dipilih oleh pihak produksi untuk sesi uji bakat di hadapan panel juri profesional. Senarai lagu akan diumumkan kemudian.
4. Hanya peserta yang terbaik akan mara ke peringkat seterusnya.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Semoga berjaya!
Rujuk Terma dan Syarat di sini
Must-Watch Video