Viral

Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

gempak
Umirah Halim
11/11/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

Tular baru-baru ini beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.

Promosi guna tagline double meaning?

Menerusi perkongsian di platform X, dapat dilihat peniaga tersebut menjual donut susu sambil menggunakan tagline “berayaq, berayaq, jet lagi” sambil melakukan mimik muka ghairah yang didakwa mempunyai unsur ‘double meaning’.

Malah, menerusi video yang lain pula, dapat dilihat seorang peniaga kanak-kanak yang menggunakan taktik yang sama.

Susulan itu, pelbagai reaksi diterima dalam kalangan warganet yang rata-rata menganggap tindakan tersebut seperti memalukan dan tidak mencerminkan adab sebagai muslim.

“Jumpa peniaga yang normalize kan perniagaan macam ni sama melalui media sosial ataupun fizikal jangan maki. Boikot saja. Baru serik kot

"Budak budak dok tiru dah. Jadi tak cantik la.

“Bangang mana la viralkan elok boikot je bingai ni.

BERITA TRENDING: Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal

BERITA TRENDING: Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali

BERITA TRENDING: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais

BERITA TRENDING: Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’

Sementara itu, setakat artikel ini ditulis difahamkan MCMC juga telah mengambil maklum tentang akaun video berkenaan dan akam melaksanalan siasatan secara terperinci.

"Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut. Dalam masa sama, tuan boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcnac.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan,” tulisnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024