Pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura memohon maaf kepada sebuah kumpulan muzik rock, Deepset gara-gara menggunakan karya mereka tanpa kebenaran untuk mempromosi tudung keluarannya.

Permohonan maaf terbuka itu dibuat Fazura dan pasukannya selepas kumpulan tersebut memuat naik ciapan di Twitter menyatakan kekesalan terhadap tindakannya.

"Assalamualaikum, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada @deepsetan selaku wakil editor saya kerana telah menggunakan lagu anda tanpa izin dalam video kempen tudung.

"Saya juga berterima kasih kerana telah menghubungi kami dan video telah pun dipadamkan di semua platform.

"Kami akan hasilkan lagu yang bersesuaian untuk kempen kami, Insya-Allah. Saya doakan anda semua sihat sejahtera," kata Fazura menerusi kemas kini akaun media sosialnya.



Video berkenaan juga turut dipadamkan dalam semua penstriman digital media sosial milik syarikatnya.

Permohonan maaf Fazura disambut baik oleh kumpulan muzik berkenaan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.