ANTARABANGSA
PROTON Terokai Pasaran Kenya, Pasang Kereta CKD Di Sana
PROTON menambah satu nama baru dalam senarai negara eksport apabila menghantar kereta Proton ke Kenya untuk kali pertama baru-baru ini.
Sebanyak 30 buah Proton Saga dihantar secara CKD (pemasagan tempatan) dan akan dipasang oleh Syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industry automotif.
PROTON membuat keputusan untuk mengeksport Saga secara CKD selepas perundingan terperinci bersama rakan kongsi di Kenya, Simba.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Radzaif Mohamed berkata, pihaknya akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, selain mahu mahu dikenali sebagai pembuat kenderaan antarabangsa.
“Oleh demikian, produk kami perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan kini, Nairobi.

Hadir sama pada majlis pelepasan itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro.
Sementara itu, Muhoro berkata, Malaysia dan Kenya kongsi banyak persamaan, dari tanah jajahan ke usaha untuk membangunkan negara masing-masing.
“PROTON bukan saja menjejak ke negara dengan populasi 51 juta orang, tetapi juga pintu masuk ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi sebanyak 1.3 bilion orang.

Must-Watch Video