Terkini
PRU15: Che Ta Geram Jumpa Ramai Pekerja Kedai Tak Keluar Mengundi, Majikan Dipersalahkan; “Buta Perut Punya Boss!”
Pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal dan sedih apabila mendapati ada segelintir pekerja di sebuah pusat beli belah tidak keluar membuang undi pada 19 November lalu.
Berkongsi rasa kekesalan itu di IG Stories, Rozita atau mesra di sapa Che Ta menjelaskan alasan yang diberikan pekerja tersebut adalah disebabkan sedang bekerja.
Malah, Che Ta turut menyifatkan majikan pekerja tersebut sebagai seorang yang tidak berhati perut.
“Lepas mengundi pergi KLCC, kebanyakkan pekerja dekat kedai KLCC semua tak pergi mengundi.
“Bila tanya, alasan mereka kerja….
“Boleh je gilir-gilir jaga kedai, buta perut punya boss.
“Sedihnya mereka dapat majikan yang tak bertanggungjawab!” kongsinya ringkas.
Terdahulu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan hanya sebanyak 70 peratus sahaja rakyat yang keluar membuang undi pada hari mengundi PRU15, 19 November lalu.
Jumlah tersebut sekali gus mencatatkan peratusan jumlah keseluruhan yang rendah berbanding PRU14 empat tahun lalu.
Difahamkan, Che Ta telah keluar membuang undi di sebuah sekolah di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video