Ikon peti undi pilihan raya dengan bendera Malaysia menghiasi paparan di laman utama Google Malaysia, semasa seluruh negara hari ini dilanda 'demam' pilihan raya, bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengunjung ke google.com hari ini akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, ditempatkan di tengah perkataan Google, dan apabila paparan peti undi itu diklik, ia akan memaparkan penjelasan mengenainya.
"Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasminya merupakan pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan berlangsung pada 19 November 2022 untuk memilih Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Sebanyak 221 kerusi di Dewan Rakyat akan dipertandingkan semasa pilihan raya," menurut kenyataan penjelasan itu.
Malaysia mempunyai 222 kawasan parlimen, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai diadakan pada 7 Dis berikutan kematian penyandangnya merangkap calon Pakatan Harapan (PH-PKR) M. Karupaiya Rabu lepas.
Lebih 20 juta pengundi berdaftar akan mengundi pada PRU15 hari ini untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan masing-masing bagi tempoh lima tahun akan datang.
urut berlangsung hari ini ialah pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Bugaya di Sabah, yang ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik COVID-19.
Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan dibuka mulai 8 pagi, manakala di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula pukul 7.30 pagi; dan pusat mengundi di semenanjung ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari dan 6 petang.
-- BERNAMA
Gempak
Sat Nov 19 2022


Sam Smith Dituduh Cuba Normalisasikan Budaya P*rnografi Melalui Video Klip?
Penyanyi Sam Smith baru merilis single terkininya, I'm Not Here To Make Friends.

Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon
Aktor dan penerbit Alec Baldwin didakwa sedang bercakap di telefon sewaktu insiden tertembak mati kru di set penggambaran filem Rust di Mexico, Oktober tahun lalu.

"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!