Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Muhammad bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menerusi kemas kini di Twitter, Maszlee mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengundinya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Simpang Renggam yang telah mengundi saya.
“Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya telah berikan yang terbaik untuk anda dan memohon maaf atas salah silap sepanjang saya menjalankan tugas. Terima kasih Simpang Renggam,” tulisnya.
Saya mengucapkan terima kasih kpd semua pengundi Simpang Renggam yang telah mengundi saya. Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya telah berikan yg terbaik utk anda & memohon maaf atas salah silap sepanjang saya menjalankan tugas.Terima kasih Simpang Renggam ?