Laman Utama
PRU15: “Tak Kisahlah Orang Nak Cakap Merepek Ke Apa,” - Azwan Ali Tarik Diri Selepas Mimpi Arwah Mak
Pengacara Azwan Ali mengumumkan menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Parlimen Gombak hari ini.
Azwan membuat pengumuman itu selepas tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dengan menaiki motosikal dan menyatakan sokongan kepada wakil Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari
“Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.
“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya seperti dilapor UTUSAN ONLINE
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia telah membuat keputusan menyertai PH, Azwan menjawab:
“Saat Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya masuk PH,” katanya.
Terdahulu, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Azwan bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU-15.
Must-Watch Video