Berita

PU Amin Ajak Netizen Boikot Sajat

gempak
ZULHILMI JALIL
08/07/2020
05:18 MYT
Sponsor Banner
PU Amin Ajak Netizen Boikot Sajat
Pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Amin meluahkan rasa kesal dengan tindakan usahawan kosmetik, Sajat yang disifatkan keterlaluan selepas dengan sengaja memuat naik gambar tidak senonoh di Instagram miliknya.
Justeru, PU Amin menerusi satu hantaran di Instagram menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot terhadap usahawan tersebut.
"Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan.
"Kecam, ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial boikot dan report Instagram bangjat," katanya.
Menurut PU Amin, tindakan Sajat tersebut disifatkan melampaui batas apabila seolah-olah cuba mempermainkan agama.
Justeru, katanya, dia menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya , sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya.
"Saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial bangjat dari alam maya," coretnya.
Begitupun, pada masa sama, kata PU Amin, dia mendoakan agar Sajat menyedari segala perbuatannya yang jelas bertentangan dengan agama.
"Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah. Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama tindakan tegas wajib dikenakan padanya," tulisnya.
Terdahulu, Sajat berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya dalam keadaan berbikini.
BACA: Bonda Rozita Tegur Sajat Pakai Bikini
BACA: Pakai Bikini Tapi Ada Selulit? Ini Jawapan Balas Sajat!
Sebelum ini, Sajat juga pernah mencuri perhatian ramai apabila dikatakan mengenakan pakaian perempuan ketika menunaikan ibadah umrah.
BACA: “Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja, Berihram dan Solat Seperti Lelaki Juga” – PU Amin Bersangka Baik
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live