Laman Utama

PU Riz Buka Akaun Twitter, Titip Kata Romantis Untuk Neelofa Siap Hashtag #SayangHarisSeorang

gempak
Fiza Kamarudin
28/03/2021
04:53 MYT
Sponsor Banner
PU Riz Buka Akaun Twitter, Titip Kata Romantis Untuk Neelofa Siap Hashtag #SayangHarisSeorang
Suami kepada selebriti popular Neelofa, pendakwah bebas PU Riz atau nama sebenarnya dilihat telah mencipta akaun sosial Twitter bermula malam tadi (Sabtu).
Tinjauan Gempak pada akaun Twitter tersebut mendapati PU Riz mula menyertai laman sosial itu bermula Mac 2021.
Tidak pernah bersuara mengenai hubungannya dengan Neelofa sebelum ini, PU Riz akhirnya meninggalkan ciapan-ciapan romantis buat isterinya menerusi laman sosial terbaharunya itu.
Ciapan yang paling menarik perhatian ialah puisi romantis buat isteri tercinta yang disertakan dengan tanda pagar #NLFH dan #SayangHarisSeorang.
“Melintas dalam sepinya kehidupan, Lewati ribuan lembah tak bertepian, Nafas lelah rasanya ingin menyerah, Teguran Tuhanku percikkan harapan.”
Tulisan tersebut turut disertakan gambar swafoto bersama Neelofa.
Malah tiga jam sebelum itu PU Ris telah berkongsi foto throwback ketika menghadiri sebuah majlis di kediaman Neelofa dan menulis ciapan “isn’t she lovely (tidakkah dia jelita)?”
Selain itu PU Riz turut menciap rasa syukur selepas menikahi Neelofa semalam (Sabtu) disamping mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka.
“Alhamdulillah. Today I am married to @Neelofa.
"Thank You for all your well wishes.
"#ILofaYou,” ciapnya. Bagaimanapun ada pengikut di Twitter yang mendakwa akaun yang baru diwujudkan tersebut adalah palsu.
Namun, yang menjadi tanda tanya ialah pautan untuk menempah buku tulisan PU Haris berjudul Karya Jiwa secara atas talian turut disertakan.
Gempak sempat mengakses pautan tersebut yang membawa pembeli ke laman sesawang entatajir.onpay.my dan mendapati pembayaran untuk setiap pembelian buku, akan dimasukkan ke syarikat yang didaftarkan atas nama syarikat Billplz Sdn Bhd. Terdahulu, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26 sah bergelar suami kepada Noor Neelofa (Neelofa) Mohd Noor dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
PU Riz selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live