,
Gaya Hidup

Pulau Susu Dara, 5 Lagi Tempat Percutian Menarik Dengan Nama Paling Pelik!

Syafiqah Jalal
05/04/2017
08:00 MYT
Selain keindahan pantai yang memukau di sekitar Malaysia, tahukah anda bahawa terdapat pelbagai tempat rekreasi yang cantik tetapi memiliki nama yang pelik.
Tempat-tempat ni sebenarnya kurang diketahui oleh masyarakat dan sebenarnya merupakan lokasi paling menarik untuk dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Berikut kami kongsikan tempat-tempat percutian dengan nama yang pelik:
1. Sungai Bangang, Terengganu. Sungai ini sememangnya kurang dikunjungi kerana lokasinya yang agak terpencil dan jauh. Untuk tiba di sungai ini, anda harus mendaki dari Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun, kira-kira 100 kilometer dari Kuala Terengganu.
2. Pulau Kentut Kecil & Kentut Besar, Kedah. Pulau-pulau ini terletak di perairan Pulau Langkawi. Merupakan antara dua lambakan gugusan pulau di Langkawi, Pulau Kentut Besar & Kentut Kecil ini menjanjikan pemandangan yang menarik seperti pasir pantai yang putih dan air yang jernih.
3. Pulau Babi Tengah, Johor. Pulau Babi Tengah atau dikenali sebagai Pulau Tengah merupakan sebuah pulau persendirian. Terletak kira-kira sembilan batu nautika dari Pulau Mersing, perjalanan dari jeti bot Mersing hanya mengambil masa selama 30 minit. Tahukah anda, sekitar tahun 70-an pulau ini dikenali sebagai kem transit bagi pelarian Vietnam yang kemudian di tutup pada awal 80-an.
4. Pulau Babi Besar, Johor. Jangan terkejut dengan nama pulau ini kerana keindahan pantainya pasti membuat anda terpaku! Pulau Babi Besar kini dikenali sebagai Pulau Besar terletak di luar pantai timur Johor. Untuk sampai ke pulau ini, anda hanya perlu menaiki bot dari bandar Mersing dan mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Selain memiliki pemandangan yang menenangkan, pulau ini dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
5. Pulau Susu Dara, Terengganu. Pulau ini terletak berhampiran Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini juga dikelilingi gugusan pulau kecil seperti Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil, dan Pulau Tokong. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Perhentian pasti akan dibawa ke pulau ini bagi melakukan aktiviti snorkeling.
6. Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan. Lokasi menarik buat kaki daki ini terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Gunung ini merupakan gunung tertinggi di negeri itu dengan ketinggian 1,461 meter dari aras laut. Jika berkunjung ke gunung ini, anda pasti akan bertemu dengan air terjun Lata Kijang, salah satu air terjun paling tinggi di Semenanjung Malaysia.
Sumber : Says.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang