Laman Utama

Puluhan Pengsan Di Festival Berdendang Bergoyang Di Indonesia, Acara Hari Ketiga Dibatalkan!

Amri Hassan
30/10/2022
04:50 MYT
Puluhan penonton yang hadir ke festival muzik Berdendang Bergoyang di Istora Senayan, Jakarta pada Sabtu, difahamkan akibat kapasiti berlebihan.
Selain pengsan, penonton juga mengalami luka-luka kerana pengunjung yang bersesak-sesak.
Hal itu disakan oleh Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Kombes Komarudin kepada Detik.com.
"Di lapangan konsertnya overload dan sudah banyak yang pengsan. Puluhan. Ada luka-luka lecet kerana bersesak-sesakan," katanya.
Disebabkan situasi yang tidak kondusif, festival yang sepatutnya berakhir pada pukul 11 malam itu terpaksa diberhentikan pada pukul 10 malam.
Disebabkan insiden yang berlaku malam tadi, penganjur acara berkenaan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan festival hari ketiga terpaksa dibatalkan.
"Dengan berat hati memaklumkan bahawa festival di hari ke-3 pada 30 Oktober 2022 yang diselenggarakan di Istora Senayan & Parkir Selatan GBK, harus dibatalkan atas dasar alasan keselamatan. Arahan pembatalan ini kami terima secara langsung dari pihak yang berwajib.
"Kami menghargai antusias teman-teman terhadap festival musik, kami juga berterima kasih untuk para penonton yang sudah menonton di hari ke-1 dan hari ke-2.
"Perihal informasi pengembalian wang tiket akan diumumkan mekanismenya pukul 4 petang hari ini di sosial media kami.
"Kami meminta maaf yang sebesar-sebesarnya atas kejadian ini, kedepannya kami akan terus melakukan penilaian dan persiapan yang matang dengan tetap mengikuti prosedur dan mengutamakan keselamatan dan keamanan penonton," maklum penganjur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT