Industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon sensasi Indonesia, Vanessa Angel dan suami, Bibi Andriansyah yang terlibat dalam nahas jalan raya semalam.

Susulan itu, pihak polis tempatan telah menganalisis punca kemalangan dan mendapati tiada kesan brek ditemui.

"Kalau hasil dari penemuan Tempat Kejadian Perkara (TKP), kenderaan tersebut bergerak dalam 100 kilometer sejam jika dilihat dari kerosakan kereta.

"Selain itu, tiada juga kesan pengereman (brek)," kata polis seperti yang dipetik dari kompas.com.

Dalam pada itu, pihak polis juga memaklumkan hasil analisis yang lebih lanjut akan diumumkan secepat mungkin.

Difahamkan, Vanessa berada di luar kawasan untuk menghadiri sebuah acara bersama suami dan anaknya.

Sebelum kejadian, Vanessa sempat mengemaskini Instagram Stories menyatakan dia berada dalam kenderaan terbabit.

BACA: Artis Kontroversi Indonesia, Vanessa Angel & Suami Maut Kemalangan Jalan Raya, Ini IG Stories Terakhir Yang Sempat Dikongsi...

Sekadar info, Vanessa berkahwin secara senyap dengan Bibi Andriansyah dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Gala Sky Andriansyah yang baru berusia setahun.

***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.