,
Laman Utama

Punca Kematian Mayat Wanita Kena Simen Didedah Forensik, Polis Mohon Bantuan Interpol Kesan Suspek Pembunuhan

Izwan Isa
06/12/2023
23:50 MYT
Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lepas masih belum dapat dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bedah siasat di Hospital Shah Alam mendapati punca kematian wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ialah tekanan (compression) pada bahagian leher.

BERITA TRENDING: Macam Dalam Filem… Tuan Rumah Terkejut Ada Mayat Wanita Disimen Dalam Bilik Mandi

"Pakar forensik tidak dapat memastikan waktu kematian wanita itu kerana proses pereputan menjadi lambat bagi mayat yang berada dalam persekitaran seperti mana yang ditemukan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, polis telah merakam percakapan 10 saksi, serta menahan reman seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun sehingga 11 Dis ini bagi membantu siasatan, dan sedang berusaha mengesan dua lelaki, Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang pernah menyewa rumah berkenaan.
Hoong Fong berkata, polis telah memohon bantuan daripada pejabat kedutaan serta polis antarabangsa (interpol) bagi mengesan dua lelaki berkenaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dengan menelefon 03-33762222 atau hubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

PDRM Minta Bantuan Interpol Jejaki Jocelyn Chia

gempak
13/06/2023
04:20 MYT
PDRM mahu tahu lokasi terkini pelawak itu
Laman Utama

Peguam Nadir Al-Nuri Nafi Dakwaan Anak Guam Tak Balas Pesanan Telekomunikasi Pihak Polis Sehingga Terpaksa Minta Bantuan Interpol

gempak
22/08/2021
16:30 MYT
Nadir sedia beri kerjasama...
Laman Utama

Polis Dah 'Roger', Caprice Akan Balik Malaysia Tak Lama Lagi - "Interpol Tak Cari Pun, Tapi Sebenarnya ..."

gempak
22/08/2021
05:50 MYT
Ada salah faham rupanya...
Laman Utama

Laporan Ebit Lew: PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Caprice & Nadir Al-Nuri – “Chat Tidak Dibalas…”

gempak
20/08/2021
12:24 MYT
Kedua-dua individu berkenaan diminta berhubung dengan polis bagi tujuan siasatan.