Berita

Putera Charles Habis Tempoh Kuarantin

gempak
Asraf Aided
01/04/2020
09:27 MYT
Sponsor Banner
Putera Charles Habis Tempoh Kuarantin
Anggota keluarga diraja Britain, Putera Charles telahpun habis tempoh kuarantin diri selepas disahkan positif COVID-19 minggu lalu.
Memetik laporan CNN, kesihatan putera kepada Ratu Elizabeth II itu kini berada dalam keadaan yang baik.
"Keputusan telah dibuat dengan rujukan dari pihak doktor, Putera Charles telah keluar dari kuarantin diri sendiri," kata sumber.
Tempoh kuarantin itu telah dilakukan selama tujuh hari di kediaman beliau di Scotland.
Dalam pada itu, isteri kepada Putera Charles, Camilla juga telah mula mengkuarantinkan dirinya untuk mengenalpasti jika mengalami sebarang gejala.
Walaubagaimanapun, punca sebenar jangkitan virus tersebut masih belum dapat dikenalpasti kerana Putera Charles banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan beberapa minggu lalu.
Sumber : CNN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024