Laman Utama
Puteri Sarah Tak Halang Syamsul Jumpa Anak-Anak - "Kalau Nak Beraya Bersama, Datanglah Ke..."
Tak Halang Syamsul Jumpa Anak-Anak - "Kalau Nak Beraya Bersama, Datanglah Ke..."
Pelakon Puteri Sarah tidak akan menghalang suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof untuk berjumpa dengan anak-anak mereka, Syaikhul dan Summayah.
Malah turut mempelawa untuk menyambut Syawal bersama di kediaman ibu bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
"Kalau Syamsul mahu berjumpa dengan anak-anak Hari Raya nanti saya tak kisah. Sila lah datang ke rumah Yusof Haslam.
"Saya juga akan menyambut Aidilfitri di bersama mentua dan keluarga saya pada Hari Raya pertama.
"Kami juga akan bercuti bersama pada Syawal ini," katanya kepada Astro Gempak.
Puteri Sarah ditemui pada sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Terdahulu, Puteri Sarah menafikan dakwaan ibu mentuanya yang kononnya dia dan anak-anak akan beraya di luar negara Aidilfitri ini.
Pada sebutan kes percerain semalam, Puteri Sarah meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah.
Ibu kepada dua anak itu juga berkata dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya serta kakaknya.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding semalam, akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
Must-Watch Video