Laman Utama

Putrajaya Kecoh Apabila Orang Berpusu-Pusu Rebut Ayam Beku Percuma, Netizen Gusar Wujud ‘Kluster Ayam’

gempak
Azwa Rahman
16/01/2021
05:45 MYT
Sponsor Banner
Putrajaya Kecoh Apabila Orang Berpusu-Pusu Rebut Ayam Beku Percuma, Netizen Gusar Wujud ‘Kluster Ayam’
Warga Putrajaya dilihat berpusu-pusu hadir untuk mendapatkan ayam beku yang diagihkan secara percuma olh Pemuda UMNO Putrajaya pada Khamis.
Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak 2,000 ayam beku diedarkan di hadapan Rumah Perlindungan Kucing, Presint 9 kepada penduduk sekitar sekitar pukul 4 petang.
Keadaan itu menyebabkan kesesakan sehingga jalan utama Presint 9, sekali gus menimbulkan kebimbangan awam terhadap jangkitan COVID-19.
Wargamaya melahirkan kebimbangan kemungkinan 'Kluster Ayam' akan muncul akibat program tersebut selepas tular beberapa keping gambar motosikal dan kereta beratur panjang.
Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Mohd Zushaidey Zulkifli berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.
"Kami menitikberatkan soal prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana agihan dibuat secara pandu lalu dan tidak melibatkan sebarang sentuhan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pihaknya tidak menjangkakan menerima sambutan luar biasa.
"Pada mulanya kami bercadang untuk memberi dua ekor ayam bagi setiap orang, tetapi memandangkan terlalu ramai yang datang, kita bagi seekor ayam untuk seorang," katanya.
Tambah beliau inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk Putrajaya.
Putrajaya yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama enam negeri lain merekodkan dengan bilangan 229 kes dalam tempoh 14 hari.
Kredit foto: UMNO Putrajaya & Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live