Viral

Que Haidar Tiba-Tiba Trending, Babak Filem Legenda Budak Setan Jadi Bualan Netizen

gempak
Amri Hassan
13/11/2020
06:47 MYT
Sponsor Banner
Que Haidar Tiba-Tiba Trending, Babak Filem Legenda Budak Setan Jadi Bualan Netizen
Pelakon Que Haidar terkejut apabila namanya tiba-tiba menjadi trending topik semasa di Twitter pada malam tadi (Khamis).
Rupa-rupanya, netizen kembali kongsikan adegan tegang pergaduhan antara Que dan Lisa Surihani dalam salah satu babak filem lakonan mereka, Legenda Budak Setan.
Perbualan dalam kalangan netizen itu tercetus rentetan daripada salah satu adegan emosi pergaduhan suami isteri dalam telefilem terbaharu lakonan Syafiq Kyle berjudul Cerai.
Telefilem terbabit telah ditayangkan di Astro Citra pada 9 malam 7 November lalu. Sementara itu kata Que, dia tidak menyangka penonton masih mengingati hasil kerja seninya biarpun filem itu sudah lama ditayangkan.
"Terima kasih semua ingat dengan kerja seni saya. Alhamdulilah.
"Saya pun terperanjat, tiba-tiba. Ada ulangan ke cerita tu?
"Doakan hati saya terbuka. Amin" tambahnya ketika ditanya mengenai kemunculan semula di layar perak.
Menerusi sepotong babak Que dan Lisa itu, ramai yang masih merindui lakonan mantapnya dan menyifatkannya sebagai seorang pelakon yang hebat.
"Lakonan Que superb, babak ini sangat real. Dia mendera dan memukul Lisa sampaikan saya sendiri depresi seminggu selepas tengok babak ini," ciap @Baerene_9.
"Menonton babak ini membuatkan aku sedar tiada lagi filem atau drama zaman sekarang seperti Que lakonkan dalam filem ini," tambah @syhr_ft.
"Tak mustahil kalau sesiapa menghubungi polis kerana babak ini sangat real dan membuatkan trauma," tulis @azwaamanina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live