Selepas tiga tahun melancarkan Sambal Nyet, pempengaruh Khairul Aming bakal melancarkan Dendeng Nyet Berapi pada Jumaat ini.

BERITA TRENDING: Ikut Cara Pengguna Facebook, Barang Makanan Yang Dibawa Khairul Aming Ke New Zealand Tak Dirampas -…

Kata Khairul Aming, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk terbaharunya itu mengambil masa lebih setahun.

"Untuk produk kedua ini kita gunakan bahan-bahan segar sama standard dengan Sambal Nyet. Cumanya bahan untuk buat produk kedua ini lebih banyak, dan proses masakannya lagi lama.

"Sebab itulah R&D untuk produk kedua ini ambil masa dalam setahun sebab kita bukan R&D resepi sahaja tapi juga mesin dan cara simpanan untuk memastikan produk itu sedia apabila keluar nanti.

"Proses itu bermula dengan blending, boiling, menggoreng, menumis berjam-jam lamanya sehingga empuk dan lagi penting produk ini ready to eat.

"Kali ini kita pilih packaging dalam pouch bag, jadi lagi senang untuk dibawa ketika travel," ujarnya dalam video yang dimuatnaik di media sosial.

Untuk pengetahuan, Januari 2024 menjadi genap tiga tahun Sambal Nyet dijual dan keuntungannya mencecah RM20 juta pada tahun lalu, peningkatan 40% daripada tahun sebelumnya.

BERITA TRENDING: Isu Sambal Nyet Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

Khairul Aming membelanjakan RM2 juta untuk pembelian mesin, packaging, bahan mentah dan sebagainya.

"Jadi, 80,000 unit akan mula dijual Jumaat ini, pada 9 malam di Live TikTok Khairul Aming," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: Selfie Dengan Siti Nurhaliza, Ramai Minta Khairul Aming Collab Balik Macam Masak Cheesecake Tahun 2020!

Sama seperti sambutan luar biasa pengguna Sambal Nyet, media sosial Khairul Aming turut dibanjiri dengan komen peminat yang mahukan produk keduanya itu.

Malah, pelancaran produk Dendang Nyet Berapi itu dirasakan ideal dengan masa menjelang Ramadan tidak lama lagi.