Pengacara dan penyampai radio terkenal, Radin mengakui jarang dapat berjumpa dengan kekasih hatinya, Azlina Idris memandangkan mereka menjalin hubungan secara jarak jauh.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy, 30, berkata, lazimnya, teman wanitanya yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah itu hanya pulang ke tanah air sebulan sekali.

"Dia akan balik pun paling cepat sebulan sekali, barulah kami akan jumpa waktu itu. Nak kata rindu tu, mestilah ada.

"Memang kami susah nak bertemu, cuma, sekarang ini tak susah kalau nak berkomunikasi kerana boleh buat panggilan video.

"Biasanya, saya akan maklum kepada dia apa saya buat, dia pun akan maklum kepada saya apa yang dia buat hari itu," katanya kepada Gempak.

Menurut Radin lagi, dia mengakui hubungan cinta jarak jauh mempunyai cabarannya tersendiri.

"Hubungan jarak jauh ni cabaran dia kalau ada masalah timbul. Nak selesaikan tu, kalau dapat jumpa depan-depan tu rasa tak akan sama macam dalam telefon sahaja.

"Dapat berjumpa lagi bagus. Jika menerusi panggilan telefon sahaja, nak selesaikan tu mungkin akan ambil masa lebih sedikit," katanya.

Dalam pada itu, kata Radin, dia juga tidak mempunyai halangan sekiranya kekasih hatinya itu ingin meneruskan kariernya di awan biru biarpun selepas berkahwin kelak.

"Dia pernah beritahu kalau lepas kahwin dah tak mahu jadi pramugari lagi. Cumanya dia kata, dia akan kerja, tapi buat bidang lain, mungkin bisnes.

"Tapi, kalau dia nak fly sekalipun saya tak ada masalah, itupun kalau dia sanggup nak berjauhan," ceritanya.

Sebelum ini, Radin pernah memberitahu kepada umum bahawa dia merancang untuk membawa hubungan percintaan itu ke fasa yang lebih serius pada tahun ini.

BACA: Radin Rancang Tunang Tahun Ini, Tapi Belum Ada...

Bahkan, terdahulu, Radin menjelaskan bahawa hubungan mereka juga sudah mendapat restu daripada ahli keluarga.

BACA: "Mama Dah Bagi Green Light, Sayang Sabar Jap Ye" - Sweet... Bersemut Sungguh Ucapan Radin Sempena Ulang Tahun Girlfriend!

Difahamkan, Radin dan Azlina sudah mula berkenalan sejak tiga tahun lalu.