Penyampai radio dan pengacara Radin memberitahu bahawa dia merancang untuk mengadakan majlis merisik dan bertunang dengan teman wanitanya, Azlina Idris pada tahun ini.

Begitupun, Radin, atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy, 30, berkata, dia belum membuat sebarang penetapan tarikh untuk mendirikan rumah tangga.

"Tarikh (kahwin) belum ada lagi. Masing-masing pun masih sibuk dengan kerja.

"Cumanya, perancangan untuk merisik dan bertunang itu mungkin akan dibuat pada tahun ini," katanya ketika ditemui sewaktu majlis perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Radin lagi, dia mengakui hubungan mereka sudah mendapat restu daripada pihak keluarga.

"Saya dah jumpa keluarga dia. Saya juga sudah bawa dia jumpa dengan ahli keluarga saya. Ibu saya pun okey, tak ada halangan.

"Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab belum disatukan lagi, tetapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya," katanya.

BACA: "Mama Dah Bagi Green Light, Sayang Sabar Jap Ye" - Sweet... Bersemut Sungguh Ucapan Radin Sempena Ulang Tahun Girlfriend!

Sebelum ini, Radin mendedahkan bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang pramugari.

Difahamkan, hubungan mereka sudah terjalin sejak kira-kira dua tahun yang lalu.

Terdahulu, Radin juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuklah pelakon, Ayda Jebat