gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pemakaian Ketika Sertai Hyrox Dikecam, Isteri Dr Say Shazril Enggan Berbalah Isu Aurat - “Saya Tak Perlu Manusia Label Siapa…”
HIBURAN
Nak Sentiasa Doakan Arwah Ibu, Anak Ridzokumura Tak Mahu Tinggalkan Solat - “Banyak Lagi Sky & Saya Kena Belajar…”
HIBURAN
Lokasi Majlis Perkahwinan Ezlisa Loy & Suami Jadi Perdebatan Netizen - “Kahwin Macam Kat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Rafidah Ibrahim Sempat Nikah Sebelum PKP 3.0, Kongsi Raut Wajah Suami

Amri Hassan
Amri Hassan
06/05/2021
03:25 MYT
Sponsor Banner
Rafidah Ibrahim Sempat Nikah Sebelum PKP 3.0, Kongsi Raut Wajah Suami
Pelakon Rafidah Ibrahim memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan Shahzemir Shahzulkarib sebelum perlaksanaan PKP di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Majlis ringkas yang berlangsung pada 5 Mei (semalam) itu hanya dihadiri adik-beradik dan keluarganya sahaja.
"Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib.
"Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan.
"Hanya dihadiri adik beradik & keluarga terdekat sahaja.
"Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yang sangat terhad," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Rafidah, 35, yang menyarung persalinan busana nikah kuning lembut turut berkongsi foto suaminya yang dirakamkan di sekitar kediaman mereka.
Tambah Rafidah, dia meminta doa orang ramai agar jodoh mereka berpanjangan.
"Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.
"Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis akad nikah kami.
"Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung," tambahnya.
Rafidah sebelum ini pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan dan merancang untuk berkahwin sebelum kedatangan Ramadan tahun ini.
Malah, mereka juga merupakan kenalan lama dan sudah mengenali satu sama lain sejak 10 tahun lalu.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Kahwin
#Nikah
#Suami
#PKP 3.0
#Fida
#Rafidah Ibrahim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement