“Kena scam rupanya!” demikian luah rasa geram netizen apabila mengetahui watak Aliff Sykuri yang dilakonan oleh Aliff Aziz dalam drama Cina Buta adalah seorang penipu.

Dalam episod terbaharu yang ditayangkan malam tadi, sebuah rahsia telah terbongkar apabila Aliff Syukri sebenarnya seorang ‘Cina Buta’ yang diupah oleh Sharnaaz yang dilakonkan oleh Ungku Ismail.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata wargamaya meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui Aliff seorang ‘cina buta’.

Malah, ada juga netizen yang berkata mereka tertipu dengan plot twist drama arahan Shahrulezad itu.

“Aku dah agak Aliff dan keluarga itu semua tidak betul! OMG! Asal aku tak tidur fikir apa yang akan terjadi lagi next episod,” kata seorang netizen.

“Memang dasyat betul rancangan Sharnaaz, rupanya keluarga Aliff semua tu palsu la ya. Mia dah tertipu. Sekali dengan dengan penonton tertipu plot twist dia,” komen seorang wargamaya.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang kasihan akan watak Mia Sara yang dilakonkan oleh Nad Zainal.

“Kesianya Mia, terperangkap dengan rancangan Sharnaaz, tertipu dengan keluarga fake Aliff. Mesti Mia dah tak percaya dekat Aliff walaupun dia kata sayang,” kongsi seorang warganet.

***

Saksikan Cina Buta yang kini disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 19 Disember 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104).

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.