Laman Utama

Rai Anniversary Ke-28, Azah Aziz Nasihat Pasangan Ketepikan Ego - "Dugaan Pasti Ada, Bincang Baik-Baik"

gempak
Amri Hassan
08/01/2023
06:40 MYT
Sponsor Banner
Rai Anniversary Ke-28, Azah Aziz Nasihat Pasangan Ketepikan Ego - "Dugaan Pasti Ada, Bincang Baik-Baik"
Bekas model dan pelakon, Azah Aziz berkongsi momen sempena sambutan ulangtahun perkahwinannya ke-28 bersama suami, Daud Leroy Abdullah.
Dalam hantaran tersebut, selain berkongsi ucapan manis sempena anniversary mereka, Azah mengakui setiap pasangan tidak lari daripada dugaan dalam perhubungan.
"Sharing our 28th wedding anniversary. Setiap pasangan ada liku-liku rumah tangga, nothing is perfect.
"Saya juga ada liku-liku menempuh alam rumah tangga sehingga kini 28 tahun bersama, tak semudah untuk mengukuhkan, setiap masa ada dugaannya.
"Semua orang akan merasai dugaan itu, semua terpulang pada diri kita dan pasangan kita bagaimana untuk menyelesaikannya," kongsi Azah.
Justeru, Azah yang pernah popular menerusi drama Cinta Korporat sekitar tahun 1990-an itu menasihati setiap pasangan agar meletakkan ego ke tepi dan berbincang sekiranya ada pergeseran pendapat.
"Yang ada masalah rumah tangga tu duk berbincang secara baik, letak ego masing-masing ke tepi.
"Look at your kids, settle secara baik.
"Yang mana belum kahwin, jangan kahwin. Jadi isteri dan ibu tak semudah yang disangka. At the end is about you, yourself, your partner and your family," ujarnya sambil berseloroh.
Azah berkahwin dengan lelaki Kanada, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, 26, Brian, 19, dan Justin, 16 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024