Laman Utama
Rai Ulang Tahun ke 25 Astro, Ini 5 Sebab ATNMY Jadi Program Hiburan Bersifat Muhibah Yang Wajib Ditonton
Program realiti All Together Now Malaysia atau ATNMY menjadi sebuah persembahan eksklusif yang dibawakan dalam pesta keraian ulang tahun ke 25 Astro.
ATNMY yang mula bersiaran pada Sabtu, 11 November ini di saluran astro RIA pukul 10 malam akan menjadi peneman dan memberi hiburan semua rakyat Malaysia.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria: “Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
"Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami. Para penonton bakal disajikan dengan tayangan episod istimewa ATNMY secara eksklusif."
Berikut 5 fakta mengapa ATNMY yang mengangkat tema tagline Bersatu Dengan Lagu, perlu ditonton;
1. ATNMY adalah satu satunya program di Malaysia yang menampilkan 50 juri, menilai bakat bakat baharu untuk diketengahkan secara komersial dalam bidang hiburan. 50 juri yang ditampilkan mempunyai kelebihan masing masing sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan, tarian dan segala yang berkait dengan industri seni. Datuk AC Mizal menjadi kapten juri dalam program ini.
2. ATNMY menjadi satu satunya platform yang membuka peluang kepada semula bangsa tanpa had umur mempamerkan bakat mereka kepada rakyat Malaysia. Ia sekaligus menepati tema yang dilaungkan Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan, Datuk Seri Ismail Yaakob, Keluarga Malaysia.
"Sudah lama rancangan hiburan di Malaysia tidak menampilkan peserta berbilang kaum dan peringkat umur. Ini sebuah program yang boleh buat kita semua duduk rumah dan unity. ATNMY adalah platform untuk semua yang berasa mempunyai bakat mempamerkan kemampuan mereka," ujar Raqim.
3. ATNMY sebenarnya secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penggiat seni dan juga peserta. Hal ini kerana setiap peserta yang terlibat diberikan elaun dalam penyertaan mereka.
"Ada peserta yang hilang punca pekerjaan sejak pandemik COVID 19 melanda dunia dan negara. Jadi mereka datang mempamerkan bakat dan dibayar elain. Ia secara tak langsung kita memberi sumber pendapatan kepada mereka.
"Dalam masa yang sama, ATNMY membantu industri berkembang," ujar Raqim lagi.
4. ATNMY adalah program yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara dan ke 17 di dunia dan menerbitkan program ini untuk versi tempatan.
5. Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama. Manakala program kapsul Di Sebalik All Together Now Malaysia pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai hos program All Together Now Malaysia Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital
ATNMY adalah program yang mengambil penyertaan terbuka secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan serta bebas memilih genre muzik dan jenis bahasa.
Juara ATNMY musim pertama juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 beserta sebuah trofi.
Program ini disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital sementara ERA, HITZ dan RAAGA pula hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.
Jangan terlepas untuk menyaksikan episod eksklusif ATNMY bermula Sabtu, 11 September 2021, pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.
Must-Watch Video