RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Gundah Jadi Taruhan, Darling Harap Emosi Tak ‘Overpower’ Persembahan - “Saya Akan Cuba…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Darling akui sedikit gementar untuk membawakan lagu Gundah nyanyian Ernie Zakri di pentas suku akhir.
Menurut Darling, lagu tersebut memiliki makna yang sangat mendalam kerana ia ditulis khas oleh Ernie untuk arwah neneknya.
“Lagu ini ditulis oleh Ernie Zakri, saya sangat sukakan dia dan saya tahu lagu ini dia tuliskan untuk nenek dia.
“Jadi liriknya itu sangat bermakna, saya akan cuba bawa vibe itu dan berikan mesej yang terbaik seperti yang para komposer mahukan, saya harap penonton dan juri dapat apa yang saya nak sampaikan nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Darling turut berkongsi bahawa ini bukan kali pertama dia membawakan lagu Gundah.
Namun kali ini dia harus lebih fokus kepada aspek penghayatan dan emosi berbanding sekadar menyanyi semata-mata.
“Saya pernah bawa lagu ini sewaktu disekolah tapi waktu itu kita hanya menyanyi sahaja cuma kali ini kita perlu faham betul-betul lagu yang kita nak sampaikan itu.
“Saya juga kena kawal emosi supaya tidak terlalu over power persembahan saya untuk lagu ini nanti,” tambahnya.
Must-Watch Video