RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Keka Terharu Terima Komen Positif Dari Ajai - “Hard Work Paid Off…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Keka akui persaingan dalam pertandingan itu cukup sengit dan tidak menyangka usahanya selama ini akhirnya mula membuahkan hasil.
Jelas Keka, komen membina yang diterima daripada juri tetap, Ajai benar-benar menyuntik motivasi untuk terus memberi yang terbaik pada dua minggu terakhir ini.
“Happy gila. Rasa macam hard work paid off. Sangat-sangat happy sebab kita memang aim for improvement every week.
“Bila dapat satu komen yang orang kata lagi membina semangat saya untuk lebih beri lagi minggu hadapan, sangat-sangatlah bersyukur for me. I wasn't expecting that. So, terima kasih abang Ajaii and I will do better, insyaAllah next time,” katanya kepada Gempak.
Mengakui bahawa tekanan adalah perkara biasa dalam sesebuah pertandingan, Keka tidak menafikan bahawa faktor usia dan pengalaman sering membuatkan dirinya berasa sedikit kurang keyakinan.
Namun begitu, Keka percaya pengalaman minggu demi minggu sepanjang penyertaannya dalam RTSMY telah membina keyakinan dan semangat dalam dirinya.
“Tekanan itu pasti ada, siapa sahaja yang tidak rasa tertekan bila berhadapan dengan pertandingan. Dari segi umur juga kita rasa macam oh, kita tak cukup pengalaman. Mereka mungkin lebih banyak pengalaman.
“Tapi saya rasa disebabkan pengalaman every week tu juga membuatkan saya bertambah confident walaupun saya antara yang termuda. Saya yakin yang saya boleh buat kalau tak saya tak akan berada di sini dengan diorang at the first place,” ujarnya lagi.
Must-Watch Video