gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
HIBURAN
Ada Sebab Elliza Razak Terpaksa Dedah Isu Hutang Bekas Suami - “Tolong Cuci Taik Awak!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Kekal Jadi Lima Terbaik, Zuana Tak Anggap Itu Satu Tekanan - “Saya Bersyukur Dapat…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Kekal Jadi Lima Terbaik, Zuana Tak Anggap Itu Satu Tekanan - “Saya Bersyukur Dapat…”

Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Zuana meluahkan rasa syukur kerana masih berjaya mengekalkan kedudukan lima teratas untuk minggu kedua.

Jelas Zuana, keputusan itu memberinya satu semangat untuk terus berikan yang terbaik buat mereka yang menyokongnya di pentas itu.
“Saya bersukur kerana dapat mengekalkan kedudukan saya di tangga lima teratas dan lima bintang daripada juri. Keputusan malam ini memberi saya satu semangat untuk terus berusaha dalam program ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Zuana tidak menganggap kedudukan tersebut sebagai satu tekanan, sebaliknya sebagai motivasi untuk terus bertahan dalam pertandingan tersebut.

Menyanyikan lagu Hati Hancur Jadi Lebu nyanyian asal Hetty Koes Endang, Zuana berjaya berada di kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 70.85 peratus.

Malah persembahannya menjadi lebih manis selepas dapat ucapan daripada penyanyi asal lagu tersebut.
“Saya tidak menjadikan ia satu tekanan tapi semangat untuk saya terus berada dalam program ini. Saya rasa kawan-kawan yang lain juga begitu, mereka sudah lakukan yang terbaik tapi ini menjadikan satu semangat buat saya untuk terus berikan yang terbaik.
“Saya juga tak sangka dapat ucapan daripada idola saya, Bunda Hetty. Saya memang terkejut ia sangat bermakna untuk saya. Terima kasih team produksi sediakan ucapan itu untuk saya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Raise The Star Malaysia
#RTSMY
#Zuana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement