Minggu kedua Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan bintang, Khalyn dan Faysal Saad gagal meneruskan perjalanan mereka ke minggu seterusnya.
Sementara itu, Hariz Fahayet, Rayme, Aril Eles, Didie Shazry, dan Share Lopes berjaya menjadi menduduki tangga lima teratas sekali gus tersenarai dalam ‘The Five’.
Mengikut jejak langkah The Five adalah Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew, Ayiena, Zuana, Keka dan Max Brandon berjaya mara ke minggu keempat.
Melinda Dadewn berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire untuk konsert minggu ketiga.
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.