Berita
"Rajin Buat Check-Up Bila Dah Masuk 4 Series" - Norman Hakim Kongsi Tips Kesihatan
Pelakon Norman Hakim berkongsi beberapa tips kesihatan yang diamalkannya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Menurut Norman, dia banyak mendengar nasihat bapanya yang memintanya menjaga kesihatan sejak usia mencecah 40 tahun.
"Ayah banyak advise and push untuk selalu rajin buat check up bila dah masuk '4 series' ni macam dia buat masa dia start masuk '4 series' dulu.
"Ayah selalu pesan tak rugi gain knowledge tentang health & medical melalui buku dan nasihat doktor.
"Ayah selalu pesan untuk sentiasa jaga pemakanan, jangan makan sampai perut kenyang sebab segala penyakit berpunca dari gaya pemakanan, health is our greatest wealth ayah cakap," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Norman turut mengucapkan selamat berbuka puasa kepada semua pengikutnya di IG.
"Selamat berbuka kepada semua, jangan lupa angkat tangan, dongak ke langit, senyum dan berdoa sebelum masuk berbuka nanti okay, sayang semua," tambahnya mengakhiri kapsyen.
Norman mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan.
Must-Watch Video