,
Hiburan

“Rakaman CCTV Nampak Nidza Afham Beli Air, Keluar Minum” - Abang ipar

Awani
16/08/2024
06:55 MYT
"Nampak CCTV (kamera litar tertutup) dia masuk kedai serbaneka beli air, lepas itu dia keluar minum, lalu tepi".
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23.

Nampak pergerakan

Menurutnya, premis kedai di sepanjang jalan di lokasi yang dilalui Nidza Afham memberikan kerjasama membantu memberikan rakaman CCTV.

"Ahli keluarga cari CCTV semua dan nampak pergerakan dia (Nidza) dari stadium (Stadium Sultan Suleiman Klang) sampai ke jambatan (Jambatan Kota).

"Video CCTV akhir dekat jambatan, tapi kami tak dapat tengok, cuma dimaklumkan pihak polis memberitahu dia (Nidza) seorang diri bermundar-mandir," katanya dalam satu rakaman video di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada Khamis.
Tambah Muhammad Effrie, sebelum kejadian adik iparnya itu pergi joging.
Katanya, memang ada maklumat dalam telefon bimbitnya rekod joging kira-kira tiga kilometer.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kes kematian Nidza Afham diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) selepas punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN:“Nidza Afham Perbaiki Solat & Mahu Jadi Imam” - Abang Allahyarham

ARTIKEL BERKAITAN:Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"

ARTIKEL BERKAITAN:Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Tenang Jawab Exam, Aufahanie Terkesan Dengan Pemergian Nidza Afham - “Dah Habis Air Mata, Dari Semalam Tak Tidur & Makan”

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada Rabu, mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Klang, kira-kira jam 7.30 malam, Rabu, disahkan adalah Nidza Afham, selepas dilaporkan hilang sejak Selasa.
Sumber: AWANI menerusi SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Viral

Penari Balet Terkenal Dunia Maut Jatuh Bangunan 5 Tingkat

gempak
18/11/2024
01:34 MYT
Industri tarian balet kehilangan seorang penari terbaik dunia, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada 16 November 2024.
Hiburan

Liza Abdullah Anggap Allahyarham S Atan Ibarat Keluarga Sendiri - “Arwahlah Yang Kenalkan Saya Dengan Bekas Suami”

gempak
17/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Liza Abdullah, 60, gagal menahan rasa sedih dengan pemergian komposer terkenal tanah air, Allahyarham Datuk S Atan yang meninggal dunia pada Sabtu
Unitar