Laman Utama

Rakan-Rakan Masuk Campur Dalam Percintaan Anda...Membantu Atau Memeningkan?

gempak
Asraf Aided
09/12/2020
11:24 MYT
Sponsor Banner
Rakan-Rakan Masuk Campur Dalam Percintaan Anda...Membantu Atau Memeningkan?
Seseorang yang mengenali orang baru untuk dijadikan pasangan pastinya mempunyai rasa teruja dan memikirkan pelbagai aspek.
Kadang-kadang, ada yang suka berkongsi mengenai cerita keluar dating bersama rakan-rakan, dan pada masa yang sama, ada juga yang lebih gemar mendiamkan perkara itu dan hanya memberitahu orang yang dipercayai sahaja.
Perlukah anda memberitahu rakan-rakan yang anda mula mengenali seseorang dan sudah keluar dating bersama?
Tetapkan Pendirian
Walaupun rakan-rakan boleh memberi nasihat dengan ikhlas, tak kira jika anda baru mengenali seseorang ataupun sudah lama, anda sendiri perlu tahu apa yang anda mahu dari pasangan anda walaupun dunia percintaan kadangkala penuh liku.
Tak Perlu 'Approval' Dari Rakan-Rakan
Sudah pastinya anda mahu BFF anda untuk menyukai pasangan anda, at the end of the day, semuanya akan berbalik kepada anda, bukan mereka. Ada baiknya anda menunggu kepastian dalam perhubungan sebelum memberitahu kepada rakan-rakan.
Awas...Ada Rakan Yang Cemburu!
Sememangnya kita mahu elak perkara sebegini, namun realiti tetap realiti. Kadangkala, rakan sendiri pun boleh berasa cemburu melihat anda dengan pasangan. Jadi, ada baiknya, anda menilai sebetulnya baik buruk pasangan anda tanpa campur tangan dari rakan-rakan sebegini.
Percintaan Adalah Privasi
Sesebuah pasangan adalah mengenai anda dan si dia. Kadang-kadang, rakan-rakan tidak boleh terlibat dalam semua perkara. Persoalan-persoalan remeh dalam sesebuah perhubungan tidak akan wujud jika anda pasti dan yakin dengan apa yang anda dan si dia lakukan.
Diam Itu Lebih Matang
Anda tak perlu memberitahu setiap perkembangan mengenai hubungan anda secara terperinci kepada rakan. Kadang-kadang, anda hanya perlu menyimpan momen manis mahupun pahit sebagai satu proses pembelajaran dalam kehidupan.
Semoga lima tips ini mampu menjadikan panduan kepada anda!
Menyentuh soal ini, jangan lupa saksikan The House episod kelapan malam ini kerana Ezurin akan bertemu rakan-rakan rapatnya iatu Datin Seri Maria Farida dan Danielle Graham.
Sesi girls night out itu juga akan disertai Magie yang dipercayai akan membuatkan Ezurin berasa marah.
Adakah Maria dan Danielle akan tahu mengenai 'rahsia' Ezurin yang telah mengenali dua orang lelaki dalam episod terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.
Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.
Sumber : bolde.com (artikel diubahsuai penulis) Kredit Foto : Elite Daily
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live