,
Laman Utama

Rakyat Malaysia Ke Thailand Diingat Jangan Ambil, Bawa Pulang Ganja

Azwa Rahman
18/09/2022
19:44 MYT
Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand khususnya memandu kenderaan atau menunggang motosikal harus mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara jiran itu.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata, selain itu mereka juga perlu mematuhi larangan tidak boleh membawa masuk e-cigarettes atau vape serta membawa alat perhubungan 'walkie-talkie'.
Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengambil atau membawa pulang ganja dan ketum.
Pihak berkuasa Malaysia akan membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja dan ketum ke Malaysia dari negara itu.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri seminar bagaimana memandu dan menunggang dengan selamat di selatan Thailand yang diadakan di Wilayah Trang.
Seminar itu diadakan sempena "Trang Bike Week 2022: Charity Ride For Nayong Hospital". Seminar anjuran Malaysia -Thailand Rider Association dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Wilayah Trang dan Office of Insurance Commission.
Charity Ride itu berjaya mengumpul dana sebanyak 500,000 baht untuk kegunaan Hospital Nayong.
Sementara itu, wakil dari Office of Insurance Commission, Kriangsak Tana-are-ruk berkata pemandu dan penunggang asing digalak membeli insurans dan mengisyitharkannya di pintu masuk bagi memastikan mereka terlindung sekiranya berlaku sebarang musibah.
Ini sebagai perlindungan bagi pemandu dan penunggang jika terlibat dalam kemalangan jalan raya atau kenderaan dan harta benda mereka alami kerosakan atau kehilangan, katanya.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar