Skip to main content

Viral

“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” - Isteri Shuk Sahar

untitled-design-2022-03-13t170201-026.jpg

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mencuri perhatian ramai apabila mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida. 

Menerusi plaftorm TikTok, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum. 

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?” tulis Serra di ruangan kapsyen. 

Pada perkongsian itu lagi, Serra tampil jelita setelah berjaya menurunkan berat badan lebih 11 kilogram (kg) sekali gus membuatkan dia semakin berkeyakinan di khalayak ramai. 

Must-Watch Video

Advertisement