Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 mendapat sambutan luar biasa selepas jualan tiketnya dilancarkan pada pukul 11 pagi Isnin.
Buktinya, cuma sejam tiket konsert band tersohor Indonesia itu yang bakal mengadakan siri jelajah di Kuala Lumpur pada 10 September 2022 telah habis terjual!
Kata Pengarah Eksekutif 30 Years of Dewa 19, Alfian Basir kesemua tiket berharga serendah RM148 hingga RM488 telah habis dijual.
"Dalam tempoh satu jam sahaja tiket konsert 30 Years of Dewa 19 di Kuala Lumpur telah habis terjual. Ini menandakan sokongan peminat masih utuh buat band itu," katanya.
Media sosial juga tular dengan perkongsian Baladewa setia menunggu pembelian tiket itu secara atas talian.
Malah, ada yang turut menyatakan keresahan apabila tiket-tiket yang diinginkan mereka habis terjual hanya dalam sekelip mata!
ticket #Dewa19 sold out gank?? Ticket consider affordable, venue axiata pulak memang ngam lah ✊??? pic.twitter.com/6MOsc4wOJ7