Viral

“Ramai Lagi Alumni UiTM Yang Lebih Layak!” – Netizen Tak Puas Hati Vivy Dilantik BOD UiTM

gempak
Fiza Kamarudin
27/05/2019
14:33 MYT
Sponsor Banner
“Ramai Lagi Alumni UiTM Yang Lebih Layak!” – Netizen Tak Puas Hati Vivy Dilantik BOD UiTM
Semalam (Ahad), usahawan wanita popular yang juga pengasas Fashion Valet dan jenama dUCK, Datin Vivy Yusof berkongsi rasa gembira selepas dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (BOD) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sungguhpun ramai yang mengucapkan tahniah kepada Vivy, ada juga segelintir pelayar laman sosial tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut.
Kebanyakan yang tidak gembira dengan perlantikan Vivy sebagai BOD beranggapan masih ramai lagi alumni UiTM yang lebih berkelayakan memegang jawatan tersebut.
Menurut mereka, selain merupakan graduan lulusan undang-undang dari London School of Economics, di United Kingdom, apa jasa Vivy terhadap UiTM?
Mereka turut mempertikaikan mengapa UiTM tidak melantik nama-nama seperti Datuk Rizalman Ibrahim, Hatta Dolmat atau Yuna yang merupakan produk institusi pengajian tinggi itu sendiri?
Tambah warga net di laman sosial Facebook dan Twitter, usahawan seperti Vivy selayaknya diberi gelaran ikon sahaja.
Sepanjang kerjayanya dalam dunia keusahawanan, Vivy telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.
Selain itu, antara kejayaan terbesar beliau adalah apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia, pada April 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live