Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memuat naik fotonya bersama ‘baby bump’ di akaun Instagram miliknya.

Sedang sarat hamil tujuh bulan, Azrinaz berbuat demikian selepas ditanya ramai mengenai perutnya yang tidak kelihatan seperti hamil.

“Ramai sangat tanya mana sorok perut? Perut simpan mana? Kenapa tak nampak perut?.. Nahh kali ni sis belanja gambar perut... Kasi semua puas hati..

”Tapi ni gambar masa beraya sebelum mai London lah. Tengok puas-puas k.. Lepas ni sis simpan balik,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik beberapa keping fotonya dari pandangan sisi sambil memegang baby bump.

Entri tersebut mendapat perhatian dan Azrinaz masih menerima banyak ucapan tahniah meskipun dia sudah mengumumkan kehamilannya pada awal Syawal lalu.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Ramai sangat tanya mana sorok perut? Perut simpan mana? Nape tak nampak perut?.. nahh kali ni sis belanja gambar perut ??kasi semua puas hati.. tapi ni gambar masa beraya sebelum mai London lah. Tengok puas2 k.. lepas ni sis simpan balik ?

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on