Laman Utama
“Ramai Selalu Cakap Kenapa Aku Tak Berjaya?” – Ini Jawapan Padu Fizo Omar
Pelakon dan usahawan Fizo Omar tidak akan berputus asa untuk mencari rezeki dalam pelbagai bidang walaupun sering menjadi mangsa ‘mulut jahat’ netizen.
Tidak mengambil pusing komen negatif netizen, Fizo memberitahu dia akan berusaha sehabis baik memperbaiki ilmu sebagai usaha untuk mencari rezeki.
“Ramai orang selalu cakap, kenapa aku tak berjaya? Macam-macam aku dah buat tapi tak juga dapat.
“Senang macam ni lah, tanya diri sendiri, APA BENDA LAGI YANG AKU BELUM BUAT? Kalau tak ada jawapan maksudnya ilmu belum cukuplah tu. Jadi kau tahu apa kau nak buat kalau ilmu belum cukup.
“Kalau kau tahu apa benda yang kau tak tahu itu bagus tapi kalau kau tak tahu apa benda yang kau tak tahu. Hidup BERMASALAH, cari lah pomen pergi repair cepat,” tulisnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram.
Dalam posting tersebut juga, Fizo berkongsi kisah sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
“Ingat lagi masa baru-baru nak mula meniaga even sampai sekarang, hari apa aku pun tak tahu dah, kerja memanjang.
“Tak ada istilah masa kosong beb, isi je masa cari peluang, buat itu ini, jumpa orang tu orang ni.
“Mencari dan terus mencari sampailah jumpa titik rezeki yang Allah dah sediakan untuk kita, tinggal lagi nak pergi jemput je rezeki tu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Fizo juga menyatakan rasa kagum dengan semangat seorang anak muda menjadi tukang gunting rambut demi mencari rezeki walaupun masih belajar.
“Kau sanggup ke? Siang full class dan malam part time potong rambut datang ke rumah, aku respect la dengan budak John ni.
“Baru je kenal dia kebetulan pergi hair saloon dekat Bangi dan dia yang potongkan rambut, selalunya akan pergi ke barber yang dah biasa, tapi rezeki aku nak jumpa budak ni.
“Sebelum korang nak hentam fasal SOP potong rambut kat rumah ni korang baca dulu ape yang aku nak kongsi.
“Aku kongsi ni sebab usaha dia nak cari rezeki. Aku salute dengan dia sebab apa tau, siang dia full class masih belajar kat kolej, malam dan hujung minggu dia buat barber.
“Katanya tak kisah dapat berapa janji saya usaha bang! Penat pun penat lah! Ramai ke yang macam ni? Sanggup ke? Nak rehat lah, me time lah, reward lah! Eh kau citer apa, kau umur dah 70 ke,” tulisnya.
Sebelum ini Fizo pernah menjadi mangsa rakan kongsinya sendiri menerusi sebuah perniagaan makanan sehingga menyebabkan dia jatuh muflis.
Must-Watch Video