Laman Utama

Ramai Speku Azira Shafinaz Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad, Tuan Empunya Badan Akui Yang…

gempak
Izwan Isa
22/04/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Ramai Speku Azira Shafinaz Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad, Tuan Empunya Badan Akui Yang…
Sejak tahun lalu, nama pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz kerap dikaitkan dengan dramatis Sharnaaz Ahmad. Hal ini kerana, selain berkawan rapat di luar set penggambaran, kedua-duanya turut kelihatan mesra di laman sosial.
Sharnaaz dilihat sering meninggalkan komen di gambar-gambar yang dikongsi oleh Azira di Instagram. Selain itu, rakan-rakan artis juga seperti memberi bayangan bahawa Azira dan Sharnaaz kini menjalinkan hubungan istimewa.
BACA: “Gelap Pun Mamu Sayang” - Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas
Berkesempatan bertemu dengan Azira baru-baru ini, anggota kumpulan De Fam itu menegaskan yang dia dan Sharnaaz tidak menjalinkan sebarang hubungan. Sebaliknya, mereka hanyalah kawan semata-mata.
“Saya tiada benda nak cerita sebab kami memang tiada apa-apa. Kita kawan dan mungkin juga orang luar suka kenen-kenenkan. Tapi betul, kami kawan je, tidak lebih.
“Kalau sahih dan keluar daripada mulut saya, maknanya ya (ada hubungan). Kalau tiada keluar apa-apa, maknanya tiada apa. Lagipun saya tak boleh nak tutup mulut orang. Terpulanglah…
“Berkenaan kenapa dia selalu komen gambar dia, kena tanya dialah…” katanya kepada Gempak sambil tertawa.
BACA: Hubungan Mesra Dengan Azira Shafinaz Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad
Ditanya adakah Sharnaaz memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, Azira berkata: “One thing, bagi saya, untuk mencari pasangan, saya mahukan yang memahami, yang mampu tolak ansur dan boleh jaga saya sebaiknya.
“Selain itu, umur atau status tidak penting. Apa yang mustahak adalah dia dapat terima saya seadanya, baik buruk saya serta keluarga saya,” katanya lagi.
Selain itu, Azira turut mengakui yang dirinya seorang yang sangat private apabila berbicara soal jodoh dan pasangan.
“Saya seorang yang sangat private. Kalau boleh, tak nak hebohkan benda yang tak pasti. Kalau dah pasti ke pelaminan, mungkin saya akan kongsi. Tetapi kalau setakat kawan biasa, masih kenal-kenal… tidak kot. Apa pun saya serahkan pada Allah SWT, sebab jodoh di tangan-Nya,” katanya lagi.
BACA: “Makcik Merajuk…” – Shukri Yahaya Licik, Berjaya Kenakan Sharnaaz Ahmad Sampai Tersebut Nama Azira Shafinaz Di IG Live!
Dalam perkembangan lain, Azira bakal muncul menerusi sebuah filem berjudul Bunga Dan Kayu.
Filem ini mengisahkan tentang seorang selebriti popular, Noah (MK) yang sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu bahawa Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon.
Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage 2022, Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live