Selepas kejayaan lagu duet debut Casablanca, duo popular Nuha Bahrin dan Naufal Azrin kembali dengan single terbaharu berjudul Takkan Mengalah.

Lebih istimewa, lagu tersebut diangkat sebagai runut bunyi bagi drama bersiri terbaharu, Legenda Puteri Qaseh.

Meninjau ruangan komen di Youtube, ramai memberi respons positif terhadap lagu yang dicipta oleh Firdaus Rahmat, Omar K, John Jeeves.

“Just the right message needed to hear now. Thanks Nuha and Nopal.”

“Finally yang ditunggu-tunggu released juga! Congrats Kak Nuha dan Naufal.”

“Ok lagu ni. Banyak variety of tone. Kreatif.”


Telah mula ditayangkan di Youtube Astro Ceria pada 1 Januari lalu, lagu tersebut telah menerima lebih 8,500 jumlah tontonan.

Bakal ditayangkan pada 9 Januari ini, Legenda Puteri Qaseh mengisah seorang gadis miskin bernama Qaseh, yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan keturunan diraja Kerajaan Kayajaya.

Begitupun, dalam proses untuk bergelar permaisuri, Qaseh berasa sedikit tertekan, memandangkan dia terpaksa membuat keputusan yang sukar dengan mengorbankan golongan yang kurang bernasib baik.

Legenda Puteri Qaseh membariskan pelakon seperti Qasrina Karim, Bella Dowanna, Norman Hakim, Aziz M. Osman, Daniel Fong, Chelsia Ng, Chew Kin Wah, Lisa Surihani dan Yusry KRU.

Legenda Puteri Qaseh bakal ditayangkan bermula 9 Januari 2023 pada 9 malam di Astro Ceria dan Astro GO, dengan episod istimewa pertama berdurasi satu jam.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.