Sejak Alif Aziz dilantik sebagai Juri Juara tetap program Big Stage 2022, banyak mulut-mulut nakal yang mempertikaikan pemilihan juara Gegar Vaganza 8 itu.
Ada yang mengatakan dia tidak layak untuk mengkritik kerana kurang berpengalaman dan ada juga yang merasakan ada individu lain yang lebih sesuai untuk duduk di kerusi penjurian.
Sungguhpun begitu, Aliff berkata, dia tidak kisah dengan komen negatif atau sebarang kritikan yang diberikan oleh netizen.
Katanya, dia telah diberi tanggungjawab oleh pihak Astro dan akan menggalas tanggungjawab berkenaan sebaik mungkin.
“Saya rasa minggu lalu pihak Astro sudah beritahu yang saya merupakan juri tetap. Jadi, alhamdulillah. Saya faham tidak semua orang bersetuju, tetapi tanggungjawab telah diberi dan saya akan galas dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Aliff memberitahu yang dia tidak boleh menyekat orang ramai untuk memberikan kritikan memadangkan setiap manusia berhak untuk memberikan pendapat masing-masing.
“Bagi saya, semua orang berhak untuk memberikan pendapat. Ini dinamakan rezeki. Kalau kita letak orang lain selain saya, mungkin akan ada yang mempersoalkan kenapa dia?
“Kita tidak boleh puaskan semua orang. Saya anggap ini rezeki dan akan memegang amanah yang diberikan sebaik mungkin.
“Saya tidak akan simpan dalam hati (kritikan netizen). Sebab dalam dunia ni, tak semua orang akan suka kita.
“Apa pun orang nak kata, saya syorkan supaya semua tenang-tenang kerana ini adalah pentas hiburan. Kita patut berhibur, bukan bergaduh sesama sendiri. Jangan ragut kegembiraan menonton rancangan hiburan hanya kerana kita tidak dapat kawal kemarahan kita,” katanya lagi.
Minggu akhir Big Stage 2022 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Seramai lima peserta berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar Septian.
Izwan Isa
Thu Mar 24 2022

![[VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq [VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/mommy-gambar-(77).png?ext=.png)
[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan

“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?