Mungkin kerana rupa paras yang sempurna, ramai penonton Langit Cinta jatuh hati dengan watak Budiman dipegang pelakon Farid Kamil.
Menerusi filem arahan Osman Ali itu, Farid dilihat terlalu sempurna sebagai seorang jejaka pulau, tetapi realistik dengan watak yang dibawanya itu.
Antara fakta tentang Budiman yang membuatkan penonton Langit Cinta tidak tidur malam ialah:
1) Jika sebelum ini Farid Kamil berkulit putih cerah, demi Langit Cinta pelakon tinggi lampai ini sanggup berjemur tengah panas untuk gelapkan kulit.
2) Jika Farid Kamil sebelum ini kelihatan sempurna, dalam Langit Cinta dia lebih comot, kasar dan kusam tetapi yang peliknya dia nampak lebih macho berkulit gelap. (Tall, dark and handsome!)
3. Budiman mempunyai ciri-ciri lelaki idaman wanita kerana selain pandai bersilat dia juga sangat gentleman!
4. Ramai pula yang menitiskan air mata apabila Budiman menyerahkan wanita yang dicintainya kepada lelaki lain.
5. Budiman lelaki penyabar dan tidak gelojoh dan sangat menghormati kaum wanita.
6. Budiman mempunyai pandangan mata yang boleh mencairkan hati wanita!
7. Selain sepasang mata dengan pandangan yang redup, Budiman juga mempunyai bentuk tubuh kekar a.k.a sado!
8. Bila lihat Budiman tangkap ikan, terus kita rasa nak jadi nelayan sama!
9. Disebabkan Budiman, ramai yang tidak tidur malam kerana angau.
10. Secara tiba-tiba hashtag #teambudiman diwujudkan di laman sosial twitter. Hebat penangan Budiman!
11. Bukan nak bias tetapi watak Budiman paling disebut-sebut dalam Langit Cinta! Oh Budiman!
Kalau tidak percaya dengan fakta yang Astro Gempak senaraikan di atas, silalah ke pawagam sekarang dan tonton sendiri Langit Cinta.
Sebelum itu, jangan lupa sediakan tisu dan sapu tangan kerana air mata anda pasti mengalir melihat #cintasampailangit Budiman terhadap Khadeja!
Ahmad Shah
Tue Jan 12 2016


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi