Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung sejak 13 Januari lalu tidak membenarkan sebarang majlis keramaian diadakan.
Di laman sosial Twitter, tular ciapan seorang pengguna yang mempersoalkan tindakan seorang anak selebriti mengadakan majlis pertunangan pada minggu lalu.
“Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke?
“Sorry sis bitter sebab berapa ramai orang terpaksa cancel majlis merisik dan tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload Instagram lagi.
“Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau langgar kena saman.
“Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot,” ujarnya menerusi bebenang ciapan.
Menurut prosedur operasi standard (SOP) PKP pada tahun ini, sebarang acara sosial seperti perayaan, majlis perkahwinan dan pertunangan, kenduri, acara keagamaan, ulang tahun dan perjumpaan adalah tidak dibenarkan.
Berbeza dengan majlis pernikahan, ada beberapa negeri yang melonggarkan syarat SOP dengan pelaksanaan majlis akad nikah adalah secara virtual atau kebenaran bernikah hanya di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja.
Malah sewaktu pelaksanaan PKP tahun lalu, ada selebriti yang mengikat tali pertunangan secara dalam talian sebagai langkah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang meluah rasa kecewa, keliru dan ketidakpuasan hati mereka kerana ada yang terpaksa menunda majlis pertunangan gara-gara PKP.
“Sis cancel majlis tunang 16/1 sebab PKP 13/1, tiber sekarang tengok ramai pulak suka hati je buat majlis walaupun setakat family, mak mak sedara, kawan rapat je datang but still,” tulis seorang wargamaya.
“My engagement should be next week, tapi terpaksa cancel sebab kes makin naik kat johor. Taknak ambil risiko. Takpelah, Allah tahu yg terbaik utk kita kan,” luah seorang wargamaya.
“Tertanya jugak pasal benda ni. Kami pun terpaksa tangguh semua benda sebab PKP. tapi dorang okay je buat majlis tunang,” komen seorang wargamaya.
“Ya, sis. Aku pun nak bitter juga sebab aku pun tergolong dalam golongan yang terpaksa cancel majlis sebab PKP. Tapi orang lain selamba buat majlis pakai keizinan apa ini?” tanya seorang wargamaya.
“Adik aku yang supposedly tunang last month pun terpaksa tangguh tau. Macam mana retis retis ni boleh lepas buat majlis tunang ye? Nikah I don’t mind pun, tunang tu haa. Bukan dengki tapi orang lain terpaksa tangguh majlis, yang retis dan menteri relax je langgar SOP ye,” kata seorang wargamaya lagi.
Azwa Rahman
Tue Feb 02 2021
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.