Skip to main content

Rancangan TV

Ramai Tertanya-Tanya Tentang Bintang The House Musim Keenam! Ini Dapat Membantu Persoalan Anda...

the-house-barubefunky-collage_2.jpg
Sejak kebelakangan ini, penulis menerima banyak pertanyaan dari pembaca Gempak mengenai siapakah bintang The House yang akan ditampilkan dalam musim keenam tidak lama lagi.

Ada yang menjangka individu yang bakal ditampilkan adalah golongan selebriti, dan pada masa yang sama, ramai juga yang mengatakan 'bintang' tersebut bukan dari bidang hiburan.

Dalam artikel kali ini, Gempak akan berikan sedikit lagi bayangan tentang seseorang yang berkait rapat dengan bintang utama program ini.

Antara individu yang akan anda saksikan adalah jejaka berusia 20 tahun yang sedang menuntut bidang perakaunan dan kewangan.

Jejaka ini merupakan anak sulung daripada lima beradik dan sentiasa mengambil berat tentang adik-adiknya.

Jejaka kacak ini juga sangat rapat dengan ayahnya, dan pada masa yang sama turut berkongsi pelbagai cerita dengan ibunya.

Adakah anda sudah mendapat bayangan tentang siapakah yang akan ditampilkan dalam The House musim keenam ini? Stay tune, kerana pendedahan akan dibuat tidak lama lagi!

Advertisement

Must-Watch Video