Laman Utama
"Ramai Yang Desak, Tapi Saya Tak Bersedia" - Shiha Zikir
Penyanyi berbakat, Siha Zikir sudah mula mencipta rentak lagu dan menyimpannya dalam telefon bimbit.
Menurut Shiha, dia akan terus merakam nyanyiannya secara humming apabila idea datang dalam fikiran.
"Sebenarnya ramai yang suruh saya cipta lagu, dalam telefon bimbit saya pun dah banyak saya rakam dan simpan nyanyian yang saya reka secara humming.
"Kadang-kadang kalau dapat idea tu, dalam tandas pun saya akan rakam suara dengan telefon bimbit," selorohnya.
Shiha berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program televisyen sebelum ini.
Bagaimanapun, Shiha masih belum yakin dan berani untuk mencipta lagu dengan sebetulnya.
Justeru, semua rakaman suara dalam telefon bimbitnya itu hanya diberi kepada ahli keluarga untuk mendengarnya.
"Saya belum berani dan tak yakin untuk tampil mencipta lagu meskipun ramai pihak sudah mendesak.
"Buat masa ini, hanya keluarga sahaja yang dengar rakaman suara lagu yang saya reka itu.
"Mereka tanya sampai bila saya mahu menyanyi sahaja, kata mereka, belum cuba belum tahu," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shiha kini mengumpul material untuk menghasilkan single terbarunya.
Sama-sama kita nantikan!
Must-Watch Video